PERTANDINGAN KUIZ NASIONAL BAHASA TAMIL 2023
Peraturan dan Garis Panduan Pertandingan
Nota: Terma dan peraturan pertandingan tertakluk kepada perubahan. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
Umum
1. Pertandingan Kuiz Nasional Bahasa Tamil 2023 ini dianjurkan oleh Uma Publications dan Universiti Malaya.
2. Murid sekolah rendah dari Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 layak menyertai pertandingan ini.
3. Pertandingan Kuiz Peringkat Umum berlangsung dalam talian. Peringkat Juara berlangsung secara bersemuka (hanya untuk 15 Peserta Kuiz di setiap kategori layak untuk kedudukan tertinggi).
Tarikh dan Waktu Pertandingan Kuiz
1. Pertandingan Kuiz Peringkat Umum diadakan pada 28 Januari 2023 (Sabtu).
2. Pertandingan Kuiz Peringkat Umum diadakan secara dalam Talian.
3. Pertandingan Kuiz Peringkat Umum akan bermula:
Tahun 4 pada pukul 9:30 pagi
Tahun 5 pada pukul 11:00 pagi
Tahun 6 pada pukul 2:00 petang
4. Pertandingan Peringkat Juara akan diadakan pada 11 Februari 2023 (Sabtu).
5. Pertandingan Peringkat Juara akan berlangsung di Universiti Malaya secara semuka.
6. Pertandingan Peringkat Juara akan bermula pada pukul 9.00 pagi dan dijangka selesai pada jam 12.00 tengah hari.
7. Majlis penyampaian hadiah akan diadakan seterusnya.
Spesifikasi Soalan Pertandingan Kuiz
1. Semua soalan Kuiz Peringkat Umum dan Peringkat Juara akan disediakan dalam Bahasa Tamil.
2. 50 soalan pilihan pelbagai (MCQ) akan diberikan dalam Pertandingan Kuiz Peringkat Umum.
3. Peserta Kuiz Peringkat Umum akan diberi masa 1 jam untuk melengkapkan 50 soalan.
4. Bagi pertandingan Kuiz Peringkat Juara soalan pilihan pelbagai (MCQ) dan soalan subjektif /penulisan disediakan untuk menjawab secara bersemuka.
Pendaftaran & Pembayaran
1. Hanya warganegara Malaysia sahaja boleh menyertai pertandingan ini.
2. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 22 Januari 2023, 7.00 petang.
3. Bayaran sebanyak RM20.00 akan dikenakan bagi setiap pendaftaran.
4. Peserta Kuiz boleh nikmati 10% diskaun jika pendaftaran dibuat sebelum 7 Januari 2023.
5. Nombor Mykid / Mykad Peserta Kuiz diperlukan bagi tujuan pendaftaran dan juga untuk mengakses pertandingan ini. (Nombor Mykid / Mykad adalah penting diketahui oleh para Peserta Kuiz)
6. Setelah pendaftaran disahkan, tiada bayaran balik boleh dituntut oleh Peserta Kuiz.
7. Kemasukan kali kedua oleh Peserta Kuiz yang sama untuk pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
8. Resit elektronik akan dihantar ke e-mel berdaftar selepas pembayaran disahkan.
Tanggungjawab Peserta Kuiz
1. Peserta Kuiz hendaklah memastikan sambungan internet yang stabil tersedia semasa tempoh pertandingan.
2. Peserta Kuiz mesti menjawab soalan pertandingan secara perseorangan tanpa bantuan ibu bapa, rakan, guru, ahli keluarga dan sesiapa sahaja.
3. Peserta Kuiz tidak boleh menipu semasa pertandingan.
4. Peserta Kuiz tidak dibenarkan berbincang semasa pertandingan.
5. Peserta Kuiz hanya boleh mendaftar sekali sahaja untuk Pertandingan Kuiz ini.
6. Peserta Kuiz akan dihubungi melalui panggilan telefon, Whatsapp dan telegram. Oleh itu, Peserta Kuiz perlu mempunyai apps tersebut.
7. Peserta Kuiz mesti memastikan untuk menyemak arahan bagi mengakses pertandingan dalam e-mel sendiri dan laman web penganjur sehari sebelum pertandingan.
8. Peserta Kuiz mesti memastikan alamat e-mel yang betul dan butiran peribadi disediakan semasa pendaftaran. Kebanyakan komunikasi kami akan diadakan melalui e-mel.
9. Peserta Kuiz hendaklah memastikan untuk memuat turun e-sijil penyertaan pada akhir pertandingan melalui pautan yang akan ditunjukkan selepas tamat Pertandingan Kuiz.
10. Peserta Kuiz mesti bertindak balas dengan cepat atau tepat pada masanya, jika mereka dihubungi oleh pihak penganjur untuk pengesahan pemenang.
11. Bantuan teknikal yang melibatkan sambungan internet, perkakasan adalah tanggungjawab Peserta Kuiz sepenuhnya.
12. Jika Peserta Kuiz layak untuk Peringkat Juara, pihak penganjur akan membuat panggilan secara peribadi untuk maklum perkara diatas.
13. Para Peserta Kuiz yang layak untuk Peringkat juara yang akan berlangsung pada 11.2.2023 perlu mengesahkan kehadiran sebelum 6 Februari 2023, 7 petang.
14. Jika Peserta Kuiz yang layak untuk Peringkat Juara tidak dapat hadir pada hari berkenaan dan jikalau pihak penganjur tidak dapat menghubungi peserta yang layak untuk Peringkat Juara pada masa yang ditentukan mereka tidak akan layak menerima hadiah kategori Platinum dan hadiah kategori Gold. Walaubagaimanapun, mereka masih akan mendapat hadiah kategori Silver.
15. Bagi pemenang kategori Silver dan pemenang kategori Bronze, jikalau pihak penganjur tidak dapat menghubungi pemenangnya sebelum 15 Februari 2023 mereka tidak akan mendapat sebarang hadiah.
16. Peserta Kuiz Peringkat Juara perlu menanggung segala kos perbelanjaan menghadiri sesi ini. Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang kos perbelanjaan seperti makanan, pengangkutan dan penginapan dan lain – lain.
Sistem Pertandingan
Pertandingan Kuiz Peringkat Umum – Dalam Talian
1. Pertandingan Kuiz Peringkat Umum akan dijalankan menggunakan platform dalam talian.
2. Satu hari sebelum pertandingan, kami akan menghantar e-mel arahan untuk mengakses platform.
3. Arahan akan dihantar kepada para Peserta Kuiz yang telah mendaftarnya melalui e-mail. Sila semak folder spam jika menghadapi masalah menerimanya.
4. Bagi Kategori Tahun 4 pautan yang disediakan akan diaktifkan pada 28 Januari 2023 (Sabtu) jam 9:30 pagi.
5. Pautan akan kekal aktif selama 10 minit, peserta yang gagal untuk masuk ke dalam pautan selepas jam 9:40 pagi tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam kuiz.
6. Bagi Kategori Tahun 5 pautan yang disediakan akan diaktifkan pada 28 Januari 2023 (Sabtu) jam 11:00 pagi.
7. Pautan akan kekal aktif selama 10 minit, peserta yang gagal untuk masuk ke dalam pautan selepas jam 11:10 pagi tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam kuiz.
8. Bagi Kategori Tahun 6 pautan yang disediakan akan diaktifkan pada 28 Januari 2023 (Sabtu) jam 2:00 petang.
9. Pautan akan kekal aktif selama 10 minit, peserta yang gagal untuk masuk ke dalam pautan selepas jam 2:10 petang tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam kuiz.
10. Platform dalam talian yang digunakan mampu mengenal pasti penipuan. Jika sistem mengenal pasti penipuan, kami akan membatalkan penyertaan peserta secara automatik.
11. Semasa Pertandingan Kuiz, pemasa kiraan selama 1 jam akan dipaparkan di skrin.
12. Sebaik sahaja pemasa kiraan mencapai 0 jam dan 0 minit, pertandingan akan berakhir dengan sendirinya, tanpa mengira bilangan soalan yang dijawab.
Pertandingan Kuiz Peringkat Juara – Bersemuka
1. Peringkat Juara akan berlangsung di Universiti Malaya pada 11 Februari 2023. Seramai 15 peserta yang mencapai markah tertinggi dari setiap kategori akan dipilih untuk Peringkat Juara dari Pertandingan Kuiz.
2. Peserta Kuiz yang layak ke Peringkat Juara akan menerima panggilan dari Pihak Penganjur. (Pastikan nombor untuk dihubungi adalah betul dan tepat.)
Sijil Penyertaan
1. Pada akhir pertandingan, pautan akan dipaparkan di skrin untuk memuat turun e-sijil penyertaan. Adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memastikan untuk memuat turun sijil. Sekiranya peserta gagal memuat turun sijil, pihak penganjur tidak akan menghantar atau memberikan sijil penyertaan gantian.
Pemenang
1. Pemenang Pertandingan Kuiz akan dihubungi secara peribadi melalui alamat e-mel atau telefon untuk mengumpul beberapa butiran pengesakan dan untuk pemberian hadiah.
2. Pemenang Peringkat Juara akan diumumkan pada 11 Februari 2023 (Sabtu) sebelum jam 1:00 tengah hari pada hari pertandingan.
3. Majlis penyampaian hadiah bagi kategori Platinum dan Gold akan berlangsung selepas Pertandingan Juara tamat.
4. Pemenang Silver dan Bronze akan dimaklum sebelum 5 petang pada 18 Februari 2023.
5. Pemenang dengan menyertai pertandingan ini, bersetuju pihak penganjur boleh menggunakan foto dan nama mereka untuk pemasaran promosi.
6. Pemenang pertandingan ini mungkin diminta mengambil video pendek (jika perlu) untuk tujuan verifikasi atau promosi.
7. Berikut adalah senarai hadiah-hadiah tersebut:
Tahun 4 | Tahun 5 | Tahun 6 | |
---|---|---|---|
PLATINUM | RM750 (3 pemenang) |
RM750 (3 pemenang) |
RM750 (3 pemenang) |
GOLD | RM300 (12 pemenang) |
RM300 (12 pemenang) |
RM300 (12 pemenang) |
SILVER | RM100 (35 pemenang) |
RM100 (35 pemenang) |
RM100 (35 pemenang) |
BRONZE | Langganan Majalah Sutti Mayil Percuma setahun – 10 Edisi (50 pemenang) |
Langganan Majalah Sutti Mayil Percuma setahun – 10 Edisi (50 pemenang) |
Langganan Majalah Sutti Mayil Percuma setahun – 10 Edisi (50 pemenang) |
Pertikaian / Lain-lain
1. Sekiranya berlaku pemotongan kuasa letrik, kehilangan sambungan internet atau sebarang masalah teknikal lain yang tidak berkaitan dengan sistem pertandingan; pemasa kiraan akan terus berjalan dan Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan masa.
2. Bagi Pertandingan Peringkat Umum, jikalau Peserta Kuiz tutup atau keluar daripada laman web kuiz, Peserta Kuiz tidak akan dapat untuk log in semula atau menyambung Pertandingan Kuiz ini.
3. Sekiranya peserta mendapat markah yang sama, mereka akan dinilai berdasarkan masa terpantas.
4. Peserta boleh menggunakan mana-mana peranti dengan sambungan internet seperti telefon bimbit, iPad, iPhone, Laptop, Desktop, dan lain-lain untuk mengakses pertandingan.
5. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian berhubung dengan pemenang pertandingan, peraturan, garis panduan, kaedah, komunikasi dan isu-isu lain yang berkaitan, Pihak penganjur mempunyai kata putus. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
6. Pihak Penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati terma dan syarat.
7. Sekiranya mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi:
Tel: 03-4041 1617
Tuntutan Hak Cipta
Dengan menyertai pertandingan ini, Peserta Kuiz dengan ini bersetuju bahawa memberi kebenaran penuh untuk menggunakan semua maklumat peribadi Peserta Kuiz yang telah daftar bagi tujuan:
1. Promosi di dalam mana-mana saluran Pihak Penganjur sama ada sebelum, semasa dan selepas Pertandingan; dan
2. Pendidikan, Penyiaran dan Promosi.